Berita Terkini
recent

Sajat Bakal Tamat Zaman Bujang

Sebut sahaja nama pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat pasti ramai yang mengenali beliau. Sajat yang cukup popular dengan taglinenya ‘Let’s Cantik Jangan Mengata’ ini difahamkan akan menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun depan.

Menurut satu sumber, Sajat memberitahu jika tiada apa-apa halangan, dia akan mendirikan rumah tangga dan menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya.

Namun begitu, Sajat berkata buat masa ini masih ada lagi beberapa sasaran yang mahu dikecapi dahulu. Tambahnya lagi dia juga mengembangkan perniagaan yang diusahakan sekarang ini.
“Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja,” ujarnya.

Kata Sajat disebabkan masih ada sasaran yang belum dicapainya jadi dia berkata Insya-ALLAH dia akan berkahwin pada hujung tahun hadapan dan dia juga turut memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Ahli pernigaan ini juga mengakui yang dia kini sudah berpunya tetapi meletakkan soal pasangan hidup di tempat yang ketiga.

“Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan,” katanya.

Terdahulu, Sajat yang sering dikatakan sebagai seorang transgender ini menafikan dirinya adalah lelaki.

Menurut sebuah sumber yang lain, Sajat menceritakan semasa dia berada di dalam kandungan ibunya, hasil daripada ujian imbasan kandungan bayi mendapati bahawa jantina Sajat adalah perempuan dan nama asalnya adalah Nur Sajadiah binti Kamarulzaman.

Namun begitu selepas Sajat dilahirkan, ibu dan bapanya juga pihak hospital terkejut melihat Sajat mempunyai dua alat sulit.

“Mungkin pandangan serta nalurinya berpendapat saya lebih cenderung ke arah lelaki, maka saya dibesarkan sebagai anak lelaki,” ujar pengasas kosmetik terkenal ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.