Berita Terkini
recent

Sahara Yaacob Kantoikan Persatuan Artis Sendiri Minta Dia Menyanyi Free

Semalam telah berlangsungnya satu sidang akhbar pelancaran Biro Artis Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) di sebuah hotel di ibu negara.

Majlis ini turut dihadiri oleh para selebriti terkenal tanah air dan di antaranya adalah seperti, Ramlah Ram, Herman Tino, Hail Amir, Rem dan ramai lagi.

Apa yang mengejutkan dalam majlis tersebut adalah apabila seorang penyanyi veteran, Sahara Yaacob telah tampil ke hadapan dan melepaskan geramnya yang mendakwa persatuan-persatuan artis telah menzalimi artis-artis veteran seperti dirinya.

Menurut Utusan Online, Sahara mendakwa persatuan-persatuan memberikan bantuan atas dasar pilih kasih serta mengambil kesempatan terhadap artis.

Tambah Sahara lagi, ada segelintir persatuan yang menjadikan artis veteran sebagai batu loncatan untuk memperolehi sesuatu dan tidak menyumbang apa-apa kepada ahli-ahlinya.

“Saya tidak ada apa-apa, satu sen pun tidak ada dalam handbag (beg tangan). Nampak saja saya macam bergaya. Mekap orang bagi, baju orang bagi, kasut orang bagi, tudung pun orang bagi. Apa ada bantuan daripada persatuan?

“Persatuan yang menghina kita (artis), bukan orang lain. Sahara Yaacob menyanyi 40 tahun dibuat macam ‘sampah’, satu pun persatuan tidak mahu tolong melainkan RM300, itu pun susah nak bagi,” katanya.

Dalam satu video yang dipaut oleh sumber, Sahara kelihatan amat marah sekali sewaktu melontarkan luahan hatinya kepada para hadirin yang hadir di majlis tersebut.

“Baru ni mintak Sahara nyanyi free, mintak saya nyanyi free. Saya makan mi maggie kat rumah nak suruh saya nyanyi free.

“Saya nak pergi dengan apa? Awak mintak saya nyanyi free, nak pergi dengan apa? Jalan kaki?

“Sejak saya balik dalam masa setahun ni, saya dah buat tujuh charity show, tapi saya buat untuk anak-anak yatim down sindrom tidak untuk persatuan artis,” ujarnya dengan begitu marah sekali.
Kata Sahara lagi kepada sumber, dia tidak mahu menjadi hamba seni. Cukupah selama 40 tahun menyanyi dan sekarang dia mahu menjadi master seni di bawah Pekira.
Powered by Blogger.