Berita Terkini
recent

Rumah Tangga Julia Roberts Sedang Berantakan?

Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan khabar rumah tangga aktres jelita Julia Roberts dan suaminya, Danny Moder sedang di landa masalah sejak Januari tahun ini.

Baru-baru ini, heroin filem My Friend's Wedding ini dikhabarkan memberi sokongan kepada anak lelakinya yang menyertai perlawanan bola sepak di Malibu, California. Namun ketika itu, kelibat Danny Moder tidak kelihatan bersama-sama isteri dan anak-anaknya.

Berdasar foto yang dirakamkan media hanya menunjukkan Julia Roberts berjalan anaknya, Henry Daniel Moder. Satu lagi gambar, menunjukkan aksi aktres berusia 49 tahun itu memeluk putera sulungnya, Phinnaeus Walter Moder sebelum pertandingan bermula.

Desas-desus keretakan rumah tangga Julia Roberts dan Danny Moder mula menjadi bualan hangat sejak Januari lalu. Spekulasi tambah kukuh apabila ada khabar mengatakan pasangan tersebut bertengkar dan mereka kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Namun sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan khabar perceraian baik daripada Julia Robert mahupun Danny Moder.
Powered by Blogger.