Berita Terkini
recent

Romantiknya Fattah balas bunga Fazura!

PELAKON dan penyanyi Fazura Sharifuddin dikejutkan dengan hadiah 500 kuntum bunga oleh pelakon Fattah Amin sempena ulangtahunnya yang ke-34, petang tadi.

Ditemui ketika majlis pelancaran produk kecantikannya, Fazira akui Fattah ada menghubunginya sebelum menghadiri majlis itu untuk mengucapkan selamat hari jadi.

Katanya, Fattah juga meminta maaf kerana tidak dapat memberikan apa-apa hadiah.

€œBagaimanapun apabila sampai di sini, saya dikejutkan dengan pemberian 500 kuntum bunga.

"Mungkin Fattah mahu membalas kembali hadiah yang pernah saya berikan sebelum ini iaitu 50 kuntum mawar ketika sambutan ulang tahun kelahirannya.

"Terima kasih Fattah sebab jadi kawan yang baik, katanya.

Hubungan baik antara Fazura dan Fattah mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella. Rentetan dari keserasian menerusi rantaian itu, ramai peminat yang berharap mereka bercinta.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.