Berita Terkini
recent

Rizalman kongsi momen bersama anak tahfiz

PEREKA terkenal Rizalman Ibrahim turut melahirkan rasa hiba susulan tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang juga merupakan bekas sekolah anak sulungnya Umar Nail.

Menurut Rizalman, tragedi berkenaan sangat memberi kesan kepadanya apatah ada di antara mereka telah menjadi sahabat Umar Nail dan telahpun bergelar anak-anak 'angkat' saya selama ini.

"Mereka selalu sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat ketika meraikan apa-apa majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi saya pada tahun lepas," katanya menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya.

Kongsi Rizalman lagi, salah seorang guru yang terkorban adalah bekas guru kepada anaknya.

"Pada ustaz @yusufdqi yang telah berkorban menjaga kebajikan anak-anak ini hingga ke akhir hayat beliau, saya hanya mampu berdoa.

"Pada ibu bapa anak-anak ini, ALLAH telah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yang terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini," tulisnya lagi.

Sementara itu, memetik Mstar Online, Rizalman berkata, ada antara pelajar berkenaan pernah berlakon dalam filem pendeknya, Pulang pada tahun lalu.

"Saya bukan sahaja mengenali seorang mangsa, tapi boleh dikatakan seluruh warga pusat tahfiz itu. Sebaik sahaja dapat berita ini, saya terus pergi ke lokasi untuk berjumpa dengan pengetua," katanya.

Anaknya Umar Nail, 15 kini bersekolah di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Seremban dan meninggalkan sekolah itu sejak dua tahun lalu selepas menimba ilmu selama empat tahun.

Polis mengesahkan hanya 21 pelajar dan dua orang guru maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi, hari ini.

Jumlah mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian adalah seramai 23 orang manakala lima mangsa telah dikejarkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mana tiga daripada mereka berada di zon kuning dan lagi dua orang berada di zon merah.

Pusat tahfiz terbabit menempatkan 36 pelajar dan enam guru.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.