Berita Terkini
recent

Remaja lelaki ditahan bukan suspek kebakaran: KPN

Seorang remaja lelaki yang ditahan hari ini bukan suspek kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat di sini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Jika ditanya ada tangkapan… ya memang ada, tetapi dia bukan suspek kebakaran dan penahanannya hanya bagi membantu siasatan pihak polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan polis menahan seorang pelajar tahfiz kerana dipercayai menyelinap keluar dari asrama berkenaan beberapa jam sebelum kebakaran berlaku.


Perkara itu juga telah tular di media sosial hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sementara itu, seorang kakitangan pusat tahfiz yang enggan dikenali berkata remaja yang dibawa melawat ke lokasi kejadian bukanlah pelajar sekolah berkenaan tetapi disyaki terlibat dalam kes kecurian di bangunan pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menurutnya, bangunan PPIM itu terletak bersebelahan pusat tahfiz yang kini dalam proses baik pulih yang memungkinkan kes kecurian berlaku.

"Sebelum ini terdapat kes kecurian mesin air layan diri di hadapan pejabat itu dan remaja tersebut adalah penduduk kawasan sekitar kampung ini.

"Demi ALLAH lelaki itu bukan pelajar tahfiz sebab saya kenal semua pelajar sekolah ini," katanya.

Dalam kebakaran 5.15 pagi semalam, 21 pelajar dan dua guru merangkap warden pusat  tahfiz  berkenaan meninggal dunia.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.