Berita Terkini
recent

Rambut Merah G-Dragon Demi Peminat

BINTANG sensasi G-Dragon membuat kejutan kepada peminat apabila mendedahkan warna baharu rambutnya sewaktu konsert M.O.T.T.E di London.

Penyanyi dan rapper itu kelihatan cukup mempersona dengan rambut berwarna merah ketika beraksi dalam siri pertama konsertnya di Eropah.

Penampilan terbaru itu sememangnya memberi kejutan buat peminat dan mereka begitu menyukainya.

Dia juga kelihatan berseri-seri dengan riak kegembiraan di wajah ketika membuat persembahan dalam konsert berkenaan.

Awal minggu ini, G-Dragon dilihat menutup rambutnya dengan topi sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat mengenai warna terbaru rambut itu.

Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila warna keningnya yang turut kelihatan berubah kepada warna merah.

Dia turut memuat naik gambar di laman Instagram miliknya sehingga mencetuskan teka-teki dalam kalangan peminat sama ada rambutnya berwarna merah atau auburn.

Namun, teka-teki dan perdebatan itu akhirnya berakhir setelah dia mendedahkan warna rambutnya pada konsert berkenaan.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.