Berita Terkini
recent

Putera George Malas Pergi Sekolah

Meskipun dilahirkan dan membesar sebagai pewaris tahkta diRaja Britain, namun kemahuan dan kerenah Putera George tidak banyak beza dengan kebanyakan kanak-kanak lain.



Ada kalanya, anak sulung pasangan Putera William dan Kate Middleton ini menunjukkan rasa bosan ketika di sekolah.

Memetik laporan The Telegraph, Putera William mendedahkan sudah sebulan puteranya mula mendapat pendidikan formal dan bersekolah di Thomas Battersea School.

..

Namun sejak kebelakangan ini, kanak-kanak berusia 4 tahun itu sudah menunjukkan rasa bosan dan seolah-olah malas hendak pergi ke sekolah.

"Saya baru saja menghantar George ke sekolah. Dia tidak mahu pergi," kata Putera William sambil tertawa mengenangkan kerenah anaknya itu.

..

Putera Goerge atau nama sebenarnya George Alexander Louis mempunyai seorang adik perempuan, Puteri Charlotte kini berusia 2 tahun. Mereka bakal menerima kehadiran seorang adik tidak lama lagi kerana ibu mereka kini dikhabarkan sedang hamil.

Tidak hanya tentang George, Putera William turut diminta mengulas mengenai hubungan asmara Putera Harry dengan aktres Meghan Markle.

Namun, Putera William memilih untuk tidak mengulas lanjut sebaliknya beliau sekadar tertawa saat mendengar pertanyaan media mengenai hubungan cinta serta perancangan perkahwinan adiknya.
Powered by Blogger.