Berita Terkini
recent

Presiden Kafa pertimbang tukar nama TRW

PRESIDEN  Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan mempertimbangkan untuk menukar gelaran nama The Red Warriors (TRW).

Hasrat itu diluahkan Bibi  dengan harapan untuk memberikan  semangat dan nafas baharu dalam sukan bola sepak negeri ini.

"Saya berhasrat menggunakan nama yang mempunyai hubungkait dengan nama negeri ini.


"Saya yakin dan percaya nama baharu ini mampu memperkasakan lagi pasukan Kelantan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia tahun hadapan," katanya kepada pemberita, semalam.

Nama TRW mula digunakan pada 2008 setelah Tan Sri Annuar Musa mengambil alih kerusi presiden Kafa.

Dalam perkembangan sama, Bibi Ramjani berkata, kujungannya ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat dalam pentadbiran Kafa.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.