Berita Terkini
recent

PR Tuntut Bayaran Daripada Artis

Seorang Pegawai Perhubungan yang dikenali dengan nama Dankerina Evanglista, baru-baru ini ada memuat naik satu status dan gambar di akaun Facebooknya tentang seorang artis yang tidak membayar sejumlah wang kepadanya.

Menerusi perkongsiannya itu disertakan sekali screenshot perbualannya bersama artis melalui aplikasi Whatsapp.

Status pada perkongsian Danker  itu menyatakan bahawa sejak dari 20 Jun hingga 20 September bayarannya masih belum dapat lagi walaupun sudah banyak kali diminta daripada artis tersebut.


Kesiankan….,” tulis statusnya yang meluahkan rasa kecewa pada artis berkenaan.
Pada screenshot perbualan yang dikongsi pula terlihat, kerap kali juga Danker meminta bayaran namun kebanyakan mesejnya tidak dihiraukan walaupun mesej tersebut sudah dibaca oleh artis itu.




Menerusi ruangan komen pula Danker ada menyatakan jumlah bayarannya yang perlu dibayar berjumlah RM700.

Diharapkan agar artis tersebut dapat menjelaskan bayarannya yang tertunggak daripada bulan Jun yang lalu.

Tidak baik kita buat orang tertunggu-tunggu bayaran yang sepatutnya sudah lama diselesaikan.
Powered by Blogger.