Berita Terkini
recent

Pitbull Pinjamkan Jet Peribadinya Bantu Pesakit Kanser

Penyanyi yang sinonim dengan panggilan 'Mr. Worldwide', Pitbull baru-baru ini menghantar jet peribadi miliknya ke sebuah lokasi di Puerto Rico khas untuk menjemput beberapa orang pesakit kanser.



Lapor media antarabangsa, pesakit-pesakit berkenaan diterbangkan ke Amerika Syarikat (USA) untuk menjalani rawatan lanjut di salah sebuah hospital di sana.

Bantuan dan keprihatinan Pitbull sangat dihargai oleh Pesuruhjaya Residen Puerto Rico, Jenniffer Gonzalez.

Beliau turut menyatakan ucapan terima kasihnya menerusi laman sosial Twitter.

"Terima kasih @pitbull telah mengirim pesawat peribadi untuk memindahkan pesakit-pesakit kanser dari Puerto Rico ke USA sehingga mereka boleh menjalani rawatan kimoterapi," tulisnya.

Sementara itu, Pitbull dalam satu temubual berkata dia ikhlas menghulurkan bantuan kepada pesakit-pesakit tersebut

"Terima kasih Tuhan, kami dapat membantu. Saya hanya melakukan bahagian saya," tuturnya.

Banyak banggunan hospital di Puerto Rico dilaporkan mengalami kerosakan dan terputus bekalan elektrik akibat
taufan Irma dan Maria yang melanda negara itu baru-baru ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.