Berita Terkini
recent

Pernikahan Joy Revfa, Bekas Suami di Thailand Sah

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam mengesahkan pernikahan usahawan produk kecantikan, Siti Arifah Mohd. Amin, 30, yang dikenali Joy Revfa dengan suami terdahulunya, Datuk Mohd. Rayus Abdul Rahim di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand empat tahun lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie, Salehan Yatim memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan semua dokumen, kete­rangan lisan dan hujahan bertulis yang telah dikemukakan kepada mahkamah.

"Mahkamah berpuas hati dengan keterangan kedua-duanya, saksi-saksi, dokumen-dokumen yang diserahkan selain pernikahan tersebut menggunakan wali hakim yang diiktiraf dan juga saksi.

"Mahkamah mendapati bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Joy Revfa, 30, kembali bergelar isteri selepas berkahwin dengan selebriti Hafiz Hamidun, 33, pada 1 Mei lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.