Berita Terkini
recent

Pelajar tahfiz ditahan bantu siasatan insiden kebakaran

Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah ditahan petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kebakaran yang meragut nyawa 23 penghuni pusat tahfiz itu semalam.

Menurut sumber, remaja berkenaan disyaki keluar dari asrama pusat  berkenaam sejam sebelum kebakaran.

“Remaja itu  dipercayai keluar melalui pintu pagar belakang pusat tahfiz dan terus  berjalan kaki  ke   arah Taman Tasik Datuk Keramat," katanya.


Menurutnya, pihak polis yang menjalankan siasatan sedang mengumpulkan segala maklumat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Katanya, selain pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran  untuk petunjuk baharu,  penelitian polis turut  melibatkan  pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz.

"Pegawai dan anggota polis bertugas sudah mengenal pasti keadaan pagar kawat yang  berkemungkinan boleh menjadi laluan masuk penceroboh ke dalam pusat tahfiz berkenaan.

“Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Datuk Keramat, ini disahkan  ada kesan potong sudah diregangkan bagi membolehkan penceroboh berkenaan keluar masuk," katanya.

Menurut sumber itu lagi, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.

“Siasatan polis turut menjurus kepada tindakan   pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi turut diambil kira  bagi membantu melengkapkan siasatan," katanya.

Setakat ini difahamkan pihak polis menafikan punca kebakaran adalah disebabkan masalah litar pintas.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.