Berita Terkini
recent

Pegawai JPJ tular dipanggil jumpa Ketua Pengarah

Selepas videonya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ), Nur Syafiqah Azaman dipanggil untuk bertemu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid di Putrajaya.

Pegawai Perhubungan Awam JPJ Perlis, Mohd Tarmizi Ghazali yang berkata, undangan itu merupakan satu penghormatan khususnya buat JPJ Perlis.

“Nur Syafiqah bertugas di kaunter pendaftaran kenderaan. Beliau akan berhadapan terus dengan pelanggan.

“Apabila dapat menyelesaikan tugas dan membantu pelanggan, ia adalah kejayaan buat kami. Selepas video itu tular, ia secara tidak langsung memberikan imej yang lebih baik buat JPJ,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Nur Syafiqah dijangka bertemu Shaharuddin pada hari esok.

Terdahulu, Nur Syafiqah, 23, menjadi sebutan apabila video yang dirakam salah seorang pegawai JPJ tular di media sosial.

Nur Syafiqah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon pelajar berkenaan.

Video berdurasi satu minit 38 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan apabila Nur Syafiqah fasih bercakap Mandarin.
Powered by Blogger.