Berita Terkini
recent

Park Yoochun Tangguh Kahwin Buat Kali Kedua

MENERUSI laporan Soompi, pelakon Park Yoochun dikhabarkan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya buat kali kedua.

Park Yoochun dan tunang, Hwang Ha Na sepatutnya dijadualkan berkahwin pada 10 September lalu. Malah dikatakan majlis tersebut dijangka akan diadakan pada 20 September depan.

Menurut wakil agensi C-Jes Entertainment pada Selasa, khabar angin pernikahan pasangan tersebut terpaksa ditangguh adalah benar.

Bagaimanapun, mereka masih belum ada perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada bulan September ini.

"Memang benar Park Yoochun menangguhkan perkahwinannya. Tapi masih belum ada perancangan seterusnya dalam bulan September ini.

"Segala maklumat lanjut mengenai majlis tersebut masih belum ada keputusan lagi.

"Lagipun dia pernah berkata akan mengambil masa untuk berfikir selepas tamat latihan tentera. Kami harap semua faham," kata sumber.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.