Berita Terkini
recent

Park Bo Gum Dituduh Sebar Ajaran Sesat

Bukan saja berbakat dalam lakonan malah sikapnya yang merendah diri dan tidak lokek senyuman menjadikan Park Bo Gum sentiasa disenangi ramai peminat. Dan tidak hairanlah dia turut meraih popularitinya di luar dari negaranya.



Namun baru-baru ini, tercetus kontroversi yang mengaitkan nama bintang yang pernah digelar netizen Korea sebagai 'menantu pilihan ini didakwa menyebarkan ajaran sesat.

Pada 25 September lalu, bintang drama Love in the Moonlight ini memuat naik status di Twitter dan secara tidak langsung dia mempromosikan sebuah acara keagamaan. Acara tersebut bertempat di gereja Jesus Centered Church, iaitu gereja yang biasa dikunjungi.

..

Posting tersebut menarik perhatian netizen sekaligus mencetus kontroversi kerana ia dianggap mempromosikan ajaran tertentu.

Banyak pihak dikatakan tersinggung kerana Jesus Centered Church sebelum ini pernah didakwa sebagai tempat mempraktikkan ajaran sesat.

"Dia bukan Kristian tapi penganut agama sesat. Ada masalah dengan itu," komen sorang netizen.

"Saya yakin semua tahu dia sebahagian daripada agama sesat. Dulu pernah jadi kontroversi tapi peminatnya membelanya," kata seorang lagi.

"Agamanya salah satu jenis anarkis. Golongan ini menganggap orang sakit itu disebabkan dia dirasuk syaitan dan siapapun yang sakit harus berdoa bukannya ke rumah sakit," ujar seorang lagi.

Sekitar Oktober tahun lalu, Jesus Centered Church sempat menjadi bualan hangat netizen Korea kerena dianggap menyebarkan ajaran sesat.

Gereja tersebut khabarnya mempengaruhi orang ramai dengan masalah kesihatan dan penyakit yang serius dengan menggunakan eksorsisme (pengusiran syaian) dan mengabaikan rawatan perubatan moden.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.