Berita Terkini
recent

Nicki Minaj, Nas Bukan Sekadar Kawan

PENYANYI Nicki Minaj dan Nas dikatakan sedang berkawan rapat dan hubungan mereka menjadi bualan hangat kerana di lihat menghabiskan waktu bersama.

Namun, menurut sumber kepada E! News, pasangan ini bukannya sekadar berkawan tetapi bercinta sejak bulan Mei lalu.

"Nicki bukan seorang yang sekadar berfoya-foya dalam hubungan. Mereka berdua kini sedang mengenali hati budi secara dekat," kata sumber terdekat.

Terdahulu, Nicki menikmati makan malam secara tertutup bagi menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya di New York pada Khamis lalu.

Sejak dari itu, hubungan mereka mula dihidu media dan peminatnya. Malah, Nas juga ada memuat naik foto mereka berdua di akaun Instagram pada hari yang sama.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.