Berita Terkini
recent

Nick Jonas Terkejut Selena Jalani Pembedahan

PENYANYI Nick Jonas kagum dengan bekas kekasihnya, Selena Gomez yang semakin pulih setelah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.

Dia mengakui terkejut ketika melihat gambar di Instagram milik Selena yang menunjukkan penyanyi itu berada di atas katil sebuah hospital.

Dia seorang yang hebat. Kekuatan yang ditunjukkan oleh Selena selepas melalui semua itu sangat memberi inspirasi.

"Tindakan kawannya yang mendermakan buah pinggang juga adalah sesuatu yang patut dipuji. Saya gembira mereka makin sihat," ujar Nick kepada SiriusXM.

Nick dan Selena dikatakan pernah bercinta sewaktu sama-sama menjadi bintang Disney suatu ketika dahulu.

Penderma buah pinggang itu, Francia Raisa yang juga merupakan kawan baik Selena berkata, dia sangat bersyukur dapat membantu menyelamatkan nyawa bintang itu.

Sementara itu, rakan artis seperti Lady Gaga, Kesha, Katy Perry dan T.Austin juga turut memberi sokongan kepada Selena Gomez melalui laman sosial setelah mengetahui mengenai pembedahan itu.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.