Berita Terkini
recent

Mengandung Kali Ini Ada Suami- Nora Danish

Umum mengetahui pelakon cantik, Nora Danish kini sudah hamil tiga bulan. Pastinya peminat tidak sabar menanti orang baru dalam hidup pelakon kesayangan ramai itu.

Namun, menurut Nora Danish menceritakan pengalaman lapan tahun lalu dahulu ketika
mengandungkan anak pertamanya, Putra Rayqal tanpa suami pastinya mengundang simpati netizen.
Untuk pengetahuan, terdahulu Nora diceraikan bekas suami, Rizal Ashram ketika dia sedang hamil pada 17 Jun 2008.

“Memang ia berbeza, dahulu saya mengandung tanpa suami di sisi. Tetapi Alhamdulillah kini saya sangat bersyukur kerana ada suami di samping saya,” katanya kepada sebuah portal online.

Bagaimanapun, Nora kini cukup bersyukur dengan kehidupannya. Dikurniakan suami yang baik dan penyayang seperti Nedim Nazri.

Nora yang bakal melahirkan anak keduanya ini pada Mac tahun depan berkata tidak terlalu memikirkan jantina anak yang akan lahir nanti.

“Kami tidak kisah soal jantina, janji sihat. Tetapi terfikir juga untuk dapatkan anak perempuan pula selepas dua anak lelaki,” katanya.

Dalam pada masa sama, dia dan suami, Nedim juga berharap agar dikurniakan anak perempuan oleh kerana dia dan suami masing-masing sudah mempunyai anak lelaki, Rayqal dan Nedrin.
Selain itu, Nora yang sedang berbadan dua juga memberitahu tidak tertekan dengan masalah yang dihadapi suami mengenai kes hak penjagaan anak dengan isteri terdahulu, Nabilah Khan.

“Saya tidak tertekan soal itu memandangkan perkara itu diuruskan suami. Kalau suami tiada saya akan bersama rakan- rakan yang sentiasa menemani saya.

“Jadi fikiran saya sentiasa positif,”katanya.

Pasangan ini yang berkahwin pada 30 Mac yang lalu.Semoga pasangan sepadan dan secocok ini selamat dikurniakan cahaya mata yang pastinya akan memeriahkan lagi keluarga mereka.
Powered by Blogger.