Berita Terkini
recent

Mawi Masuk Konti Bulan Depan

Selebriti dan usahawan, Mawi bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai radio bermula Oktober depan.

Lapor BH online, juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu akan menyertai sebuah stesen radio berteraskan gaya hidup Muslim kontemporari, menerusi frekuensi 104.9 fm.

Menurut Mawi, tawaran menjadi penyampai beberapa stesen radio sudah diterima beliau sejak 2015. Namun, ketika itu kesibukan memenuhi undangan nyanyian menghalang minat beliau di arena penyiaran.

"Sebelum menyertai AF3 lagi saya pernah menjadi juruhebah di pasar raya, kedai makan dan kenduri-kendara sekitar Johor.

"Saya ingatkan, selepas menyertai program realiti itu, saya dapat kembangkan lagi bidang sama seperti dilakukan Nana Mahazan dan beberapa teman lain.

"Apakan daya, rezeki saya ketika itu lebih menyerlah dalam nyanyian. Justeru, peluang yang datang ini saya ibaratkan seperti merealisasikan kembali impian saya satu waktu dulu," katanya.

Menurut Mawi, stesen radio yang bakal disertainya itu mensasarkan kelompok pendengar berusia antara 18 hingga 34 tahun.
Powered by Blogger.