Berita Terkini
recent

Mahadzir sudah sedar

"MINTA tolong sesiapa bawakan baju tidur dan berus gigi ke hospital ya."

Itu ayat pertama yang keluar daripada mulut pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman, 60, selepas tersedar daripada koma.

Adiknya, Danial Lokman berkata, abangnya sudah boleh bercakap tetapi masih dalam pemantauan rapi doktor.

"Alhamdulillah.. Datuk Mahadzir Lokman sudah sedar... Dia sudah memberi respon dan boleh bercakap tetapi masih dipantau rapi oleh doktor.

"Ayat pertama yang keluar daripada mulutnya ialah 'Minta tolong sesiapa bawakan baju tidur dan berus gigi ke hospital ya'," katanya menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.


Personaliti itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Ahad lalu selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh keluarganya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.