Berita Terkini
recent

Lebih 50 Selebriti Bakal Hangatkan KLXtravaganza 16 September Ini

Selepas kejayaan dua siri sebelum ini, Karnival KLXtravaganza meneruskan siri ketiga yang bakal berlangsung pada 16 September ini.

Mengambil semangat Hari Malaysia yang disambut pada hari tersebut, karnival yang diadakan di Taman Danau Kota ini akan dimeriahkan oleh lebih 50 orang selebriti popular tempatan.

Antara selebriti yang telah mengesahkan kehadiran ialah Sufian Suhaimi, Saleem, Zarul Husin, Nabila Razali, Drama Band, Datuk Yusni Hamid, Datin Paduka Julie Sudiro, Siti Saerah, Joey, Roslan Shah dan ramai lagi.

Menurut Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez, program siri ketiga ini diadakan di lokasi yang mempunyai keistimewaan tersendiri di mana ia mampu menarik ramai pengunjung.

"Keistimewaan lokasi karnival kali ini apabila ia diadakan di kawasan bersebelahan kem askar iaitu Kem Wardieburn. Tujuan kami sebagai menghargai pihak tentera yang banyak berjasa kepada negara.

"Selain itu, ia juga berhampiran pusat membeli-belah Setapak Sentral dan Uptown Danau Kota. Secara tidak langsung ia menjadi kawasan terbaik untuk menarik orang ramai berkunjung ke tapak karnival ini.

"Penganjuran karnival ini juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya lebih daripada 30 buah gerai, pertandingan bola jaring antara artis dan pengunjung, sesi karaoke, klinik muzik dan pelbagai kejutan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Karnival KLxtravaganza yang diadakan di Taman Danau Kota, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua UMNO bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah.

Karnival KLXtravaganza merupakan program jerayawara anjuran Persatuan Karyawan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat dengan golongan selebriti serta pemimpin setempat.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.