Berita Terkini
recent

Laudya Cynthia Bella Mula Diterima Di Malaysia

Nama pelakon dari seberang ini tidak asing lagi di Malaysia. Pastinya semua mengenali pemilik nama pelakon Indonesia , Laudya Cynthia Bella kan?

Menjadi isteri kepada usahawan terkenal, Engku Emran pastinya Bella akan meluangkan lebih masa di Malaysia.

Tempias populariti Bella juga membuatkan Emran dan anak tunggalnya, Engku Aleesya bukan saja dikenali di Malaysia, tetapi juga di negara seberang juga. Bukan calang-calang orangnya.  Pelakon Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu juga pernah meraih banyak anugerah di negaranya.

Terbaru, Bella dilantik menjadi juri jemputan mingguan untuk rancangan pencarian bakat cilik Islamik, Ceria i-Star 2017 terbitan Astro.

Pasti menjadi juri untuk program tersebut merupakan langkah awal untuk dirinya bertapak di Malaysia.
Malah, sahabat rapat Bella sendiri iaitu penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow memberi bayangan bahawa pelakon itu bakal menetap di Malaysia.

Lebih-lebih lagi anak tirinya, Aleesya bersekolah di Malaysia. Pastinya mereka suami isteri akan dekat bersama anak tunggalnya.

Untuk makluman, Ceria I-Star merupakan program yang mengetengahkan bakat si cilik bukan hanya dari segi nyayian malah berpidato, sketsa, taranum dan bermain alat muzik.

Program tersebut juga bakal membawa 11 peserta cilik dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Bella akan bertindak sebagai juri tetap yang akan bergandingan bersama Ustaz Amin Idris.

Selain itu, akan mengekalkan pelawak, Nabil Ahmad dan penceramah bebas PU Yeop sebagai pengacara selain Dzawin dilantik menjadi pengacara bersama.

Antara selebriti lain yang turut berkahwin melibatkan negara seberang ialah Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, serta anak kepada Datuk Khalid Mohammed Jiwa, Asyraf Khalid dan Tya Arifin.
Powered by Blogger.