Berita Terkini
recent

Labur RM1 juta Untuk Video I Am Me, Datuk Vida Nafi Riak

Baru-baru ini Datuk Seri Vida menggemparkan netizen apabila memuat naik foto beliau dalam tab mandi yang dipenuhi wang kertas RM100 dan RM50 serta pelbagai barangan kemas mewah bagi menjayakan rakaman klip video I Am Me.

Foto yang dimuat naik perso­naliti itu dalam laman sosial Instagram peribadinya @datoserivida mengundang banyak kritikan dan pelbagai pendapat positif daripada orang ramai.

Tetapi, jika dilihat dengan kekayaan yang ada padanya, bukan sesuatu yang memeranjatkan bagi jutawan kosmetik popular ini melabur sakan untuk pembikinan klip video single pertamanya, I Am Me.

Lapor Utusan online, kos video klip tersebut mencecah RM1 juta. Ia merangkumi kos produksi pembikinan klip video yang menelan belanja RM180,000, sementara untuk peralatan yang digunakan dalam klip itu pula, ahli perniagaan berusia 46 tahun itu mengeluarkan hampir RM100,000.

Selain kos pembelian barangan kemas yang ditempah khas semata-mata untuk dipakai dalam klip video arahan pengarah ternama, Ghaz Abu Bakar. Kos selebihnya dibelanjakan Dr. Vida membelanjakan wang untuk keperluan-keperluan lain.

"Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa,” dedahnya.

Mengulas mengenai aksinya di dalam tab mandi dan dipenuhi wang, Vida berkata niatnya berbuat demikian bukanlah untuk berlagak riak atau menunjukkan kekayaan, sebaliknya, keputusan memuatkan wang dan barangan kemas dalam tab mandi itu semata-­mata kerana mahu memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bekerja keras untuk menjadi seperti beliau.

"Klip video saya ini bukan nak menunjuk atau riak dengan kekayaan tetapi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan. Se­nang cakap apa yang ditonjolkan adalah satu cara kehidupan agar orang ramai berusaha untuk berjaya, tapi orang tak faham. Terkesima juga saya dengan komen-komen mereka itu.

"Boleh dikatakan hampir 90 peratus netizen hentam saya kerana mereka tidak faham de­ngan konsep yang saya tonjolkan itu. Setiap kali saya buat sesuatu perkara mesti ada sasaran. Untuk klip video arahan Ghaz Abu Bakar itu saya mahu ianya capai taraf antarabangsa seperti penyanyi Taylor Swift.

“Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu. Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya,” katanya lagi.
Powered by Blogger.