Berita Terkini
recent

Krisdayanti Dikecam Bela Anjing

Apapun yang dilakukan seorang diva terkenal Indonesia ini pasti akan selalu menjadi perhatian.

Terbaru, menerusi satu entri di akaun Instagram milik penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan dia berjalan ditemani dengan haiwan peliharaannya.

Malangnya, haiwan yang dibawa bersama beriadah bukannya kucing tetapi seekor anjing berwarna putih.

Ruangan komen di instagram Krisdyanti juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 2.7 juta pengikutnya di laman sosial yang memberi komen negatif dan berpendapat sebagai seorang yang beragama Islam tidak boleh membela anjing untuk dijadikan haiwan peliharaan.

“Enjoying Sunday morning with dollar.” Tulisnya di kapsyen

Perkongsian pelantun lagu Mencintaimu itu telah menerima lebih daripada 77,000 likes setakat ini dan 1411 ribu komen. Rata-rata pengikutnya mengecam tindakan penyanyi itu.

Selain itu, penampilan Krisdayanti yang memakai baju berwarna merah jambu itu juga dikecam, lebih-lebih lagi baju yang dipakai terlalu ketat sehinggakan menampakkan tempat sensitif dan seperti tidak memakai baju oleh kerana warna bajunya seperti warna kulit.

Sejak kebelakangan isu pegang anjing dan bela anjing semakin menjadi-jadi di laman sosial.
Ada yang mengutuk orang yang memegang anjing adalah haram dan ada yang memberitahu haram jika seorang Islam membela anjing tanpa sebab perkebunan dan penternakan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.