Berita Terkini
recent

Kononnya Adibah Noor lah yang jual!

PENYANYI Adibah Noor kesal apabila ada pihak menyamar menggunakan namanya di Facebook (Fb) untuk menjual produk pakaian dalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara itu apabila ada pengikutnya menghubungi menerusi 'messenger' untuk mendapatkan kepastian sama ada akaun Facebook itu miliknya, beberapa hari lalu.

"Saya diberitahu sudah ada beberapa orang terpedaya dengan 'scammer' atau penipu terbabit yang dikatakan mencari model untuk butiknya.

€œIndividu itu mengaku dirinya adalah 'Adibah Noor' yang kononnya sudah malas hendak berlakon lagi dan berhasrat membuka butik menjual pakaian dalam.

"Pengikut saya mula mengesyaki ada yang tidak kena dengan perbualan penipu itu di Facebook kerana dia menggunakan perkataan seperti 'yunk' yang biasanya digunakan remaja. Ia sangat berbeza dengan personaliti saya yang sebenar," katanya kepada Harian Metro.

Adibah memandang serius perkara itu dan berharap ia perlu dibendung bagi mengelakkan penipuan itu berleluasa.

"Saya baru kena sikit saja. Bayangkan jika ada orang lain yang mungkin kerugian wang ringgit atau membahayakan keselamatan dan sebagainya," katanya yang sudah melaporkan perkara itu kepada pihak Facebook.

Ditanya sama ada ia kejadian pertama, Adibah mengakui ia pernah berlaku sebelum ini.

"Mungkin kejadian seperti ini sudah lumrah di media sosial dan ramai lagi selebriti yang pernah berdepan kes sama.

"Kalau anda tengok banyak akaun yang menggunakan nama saya di Facebook sebelum ini tetapi kali ini penipu itu sudah berani menyamar menjadi diri saya hingga pada tahap sedemikian pula," katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.