Berita Terkini
recent

Khairy Jamaluddin Jadi Pemandu Teksi

“Abang ni taxi driver kan, pemandu teksi. Bukanlah pandai sangat.Tak pergi Universiti. Tapi dulu abang pernah aktif dalam politik, pernah jadi ketua pemuda. Sekarang ni takde apalah kan.Sekarang, pemandu teksi je…”

Ujar pemandu teksi, Khairy yang akan membawa anda kemana-mana sahaja di sekitar Damai Kota sambil membicarakan mengenai isu semasa.

Tetapi jangan terkejut, jika diperhatikan dengan lebih dekat tentu pasti anda mengenalinya.Ya, itulah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Baru-baru ini tular satu video arahan Benji Lim tentang perkongsian Menteri Belia dan Sukan itu di media sosial. Walaupun video itu telah dirakam pada tahun 2009, tetapi,baru-baru ini sahaja ia menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.

Maklumlah, jejaka tall,dark and handsome itu mula menjadi perhatian terutama wanita apabila terlibat dalam sukan polo dalam Sukan Sea baru-baru ini.

Jangan pula anda keliru, imej baharu KJ ini bukan untuk suka-suka, sebaliknya untuk mewujudkan kesedaran terhadap isu semasa dan sikap masyarakat.

Video yang berdurasi 7 minit 33 saat itu merupakan perkongsian membicara empat isu semasa seperti Masalah Bola Sepak Malaysia, Bahasa Inggeris, Lompat Parti dan Apa Itu Malaysia.

Turut terlibat dalam video pendek tersebut, Amber Chia, Jason Lo, Namewee, Baki Zainal dan Matthew George.

Video pendek yang dimuatnaik di Youtube telah ditonton lebih daripada 91,093 views satakat ini. Rata-rata penonton berkata KJ mempunyai bakat dalam lakonan.

Selain itu, video ini turut tular di laman Facebook dan ditonton lebih 612,519 tontonan dan lebih 8706 perkongsian.

Wow, bagi Kakigosip memang benar, sukar untuk kita menafikan kekacakan dan aura KJ. Bukan setakat bersukan pun hebat, berlakon hebat!

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.