Berita Terkini
recent

Kemalangan seperti telah dirancang

Kemalangan seperi dirancang. Itu yang berlaku dalam kejadian di Jalan Chempaka, di sini, kelmarin yang membabitkan dua kereta jenis Proton Exora dan Proton Wira.

Dalam kejadian kira-kira 7.17 malam, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira telah berhenti secara tiba-tiba di hadapan Proton Exora hingga menyebabkan pemandunya membrek mengejut bagi mengelak daripada berlaku perlanggaran.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman yang mengesahkan kejadian itu berkata, kira-kira seminit kemudian, pemandu Proton Wira berusia 37 tahun itu telah mengundurkan keretanya hingga melanggar Proton Exora.

Menurutnya, akibat pelanggaran tersebut pemandu Exora telah turun daripada keretanya dan meminta  pemandu Wira bertanggungjawab kerana melanggar bahagian bumper dan bonet hadapan keretanya.


"Namun, pemandu Wira itu tidak mengaku salah dan menyalahkan pemandu Exora berusia 46 tahun itu selain turut meminta ganti rugi sebanyak RM200 serta memberi kata-kata ugutan.

"Bagaimanapun, pemandu Exora itu enggan membayarnya dan mengajak pemandu Wira ke balai untuk membuat laporan polis. Namun pemandu Wira terbabit enggan lalu terus menghidupkan enjin keretanya dan bergerak ke hadapan lalu sekali lagi mengundurkan kereta dan melanggar bahagian hadapan kereta Exora," katanya.

Beliau berkata,  saksi kejadian yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan kejadian itu.

Katanya, pihaknya telah dihubungi sebelum dua anggota peronda polis datang dan meleraikan kejadian yang berlaku.

"Kedua-dua pemandu tidak cedera dan pemandu Proton Exora itu telah hadir ke Balai banting untuk membuat laporan.

Tambah Azizan lagi, pemeriksaan dapati, Proton Wira terbabit mengalami kerosakan pada lampu, bonet hadapan, tangki air dan penghawa dingin serta bumber.

Kes disiasat di bawah Rule112 LN170/59, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Powered by Blogger.