Berita Terkini
recent

Kecuaian membawa maut perlu diberi perhatian

TRAGEDI kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak.

Terkini, pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Habibur Rahman menggesa semua pihak memberi perhatian serius dalam soal kecuaian yang membawa maut.

Beliau turut mengecam kenyataan pengetua pusat tahfiz berkenaan yang disiarkan sebuah portal berita yang menyifatkan kematian 21 pelajar dan dua warden adalah sebagai mati syahid.

Menerusi laman Twitternya, Nazrudin Habibur atau Naz berkata, perkara ini bukan mengenai syahid tetapi bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama. Mereka ini, insya-ALLAH mati syahid.’

“Mereka mati kerana mentaliti yang tak hiraukan piawaian. Janji ada tanah wakaf, nak buat baik, bukalah tahfiz. Tak ada ciri-ciri keselamatan? Tak selamat, tak apa. Semuanya kehendak ALLAH SWT, semuanya qada’ dan qadar,” katanya.

Tambahnya, perkara ini tidak boleh lagi didiamkan mahupun dibiarkan, seharusnya pihak berwajib memainkan peranan terbaik.


Pusat tahfiz yang terbakar di Keramat ini tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menerima permohonan sijil perakuan berkenaan  daripada pihak pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung bulan lepas, namun masih belum diluluskan.

Kebakaran awal pagi itu meragut nyawa 22 pelajar tahfiz dan dua guru tahfiz.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.