Berita Terkini
recent

"Kami masih bersama" - Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak, 35, mengesahkan dia masih lagi bergelar tunangan kepada ahli perniagaan dikenali sebagai Ezza Yusof malah hubungan mereka masih baik seperti biasa.



Lapor mStar online, Remy bagaimanapun menjelaskan sebab dia jarang berkongsi mengenai hubungannya kerana tidak mahu mencampur-adukkan soal peribadi dan kerjaya selain tiada perkembangan terbaharu mengenai hubungan itu.

"Kami masih bersama dan saya bukannya tidak mahu komen mengenai hubungan kami tetapi tiada apa ingin saya ceritakan.

"Jika ada apa-apa perancangan, saya sendiri akan sampaikan kepada semua," katanya

Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.

Mengenai perkembangan kerjaya, Remy bakal terlibat dengan pementasan teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka yang akan dipentaskan di Panggung Bangsawan Melaka pada 20 dan 21 Oktober depan.

Menerusi teater itu, dia bergandingan dengan Maya Karin, Ashraf Muslim, Isma Halil Hamzah dan Ebby Yus.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.