Berita Terkini
recent

Jin (BTS) Digilai Lelaki Gay

WAJAH comel dimiliki penyanyi Jin bukan sahaja digilai oleh peminat wanita malah turut mendapat perhatian golongan lelaki gay!

Koreaboo melaporkan perkara itu terdedah selepas ada pihak mewujudkan sebuah forum hanya untuk berbual mengenai Jin dan rata-rata adalah lelaki.

"Matanya sangat bersinar dan dia sangat 'cantik'," tulis seorang lelaki gay dalam forum berkenaan seperti dilaporkan Koreaboo.

Dalam pada itu, peminat ahli kumpulan BTS itu terkejut apabila Jin menjadi sasaran golongan itu namun memahami mengapa dia menjadi sasaran golongan homoseksual.

"Saya tidak sangka Jin adalah orangnya kerana sebelum ini mereka tidak mendedahkan siapakah nama artis yang dibincangkan.

"Tetapi tidak hairan kerana Jin memang comel dan 'kecantikannya' tidak tandingan!," tulis peminat.
Jin atau Kim Seok Jin, 25, dalam satu temu bual berkata dia tidak pernah menjadi perhatian lelaki apatah lagi golongan gay walaupun pernah bersekolah di mana semua pelajar lelaki.


ot;1" />
Powered by Blogger.