Berita Terkini
recent

Isu Cerai Tak Beri Kesan Kepada Fergie

BEKAS penyanyi Black Eyed Peas, Fergie tidak terkesan penceraiannya dengan Josh Duhamel baru-baru ini.

Malah, penyanyi itu yang kini bergerak solo sedang rancak mempromosikan album terbarunya, Double Dutchess.

"Saya baik-baik sahaja. Akhirnya saya dapat melancarkan album ini.

"Perasaan adalah perasaan. Ia perlu diluahkan juga. Dan saya menncurahkan isi hati saya dalam penulisan lagu dan ia sememangnya bagus buat saya," ujarnya kepada E! News di iPic Theatre, New York.

Melalui album terbaru itu, Fergie turut mengundang beberapa artis popular seperti Rick Ross dan Nicki Minaj untuk berkoloborasi dengannya.

Minggu lalu, Fergie dilaporkan telah bercerai dengan suaminya Johs Duhamel.

Fergie dan aktor itu telah berkahwin pada 2009 dan dikurniakan seorang anak.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.