Berita Terkini
recent

Irene tak gilakan EXO


Kumpulan EXO tidak dinafikan menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia terutama peminat wanita.

Bahkan, dalam kalangan selebriti sendiri ramai artis wanita turut memuja mereka dalam diam.

Tapi tidak buat anggota Red Velvet iaitu Irene yang jelas tidak berminat dan tiada perasaan terhadap mana-mana anggota EXO.

Hal itu terserlah setiap kali mereka bertembung apabila ekspresi wajahnya kosong dan tampak sangat selesa bersama anggota EXO sebagai kawan.

Mereka juga banyak meluangkan masa berlatih bersama kerana berada di bawah agensi sama.

Jelas sekali, Irene melihat hubungan antara sesama mereka tidak lebih daripada kawan atau adik-beradik.

Bagaimanapun, anggota EXO seperti Chanyeol jelas tertawan dengan kejelitaan Irene.

Ada saat-saat dia ‘tertangkap’ sedang menghayati wajah Irene.

Antara artis wanita yang tertawan k epada EXO termasuk anggota TWICE iaitu Nayeon. Nayeon pernah dilihat begitu malu-malu kucing sewaktu bertembung dengan D.O.
Powered by Blogger.