Berita Terkini
recent

Inspirasi 'riff' Enter Sandman Hammett

KIRK Hammett mengatakan dia mendapat inspirasi mencipta ‘riff’ salah satu lagu Metallica paling diminati sepanjang zaman Enter Sandman selepas mendengar album kumpulan Soundgarden.

Lagu dihasilkan pada 1991 itu antara track dalam album Black kumpulan Metallica iaitu karya kelima kumpulan selepas Kill Em’ All, Ride The Lightning, Master of Puppets dan And Justice For All.

Keupayaan lagu itu terkenal di serata dunia sememangnya berada di luar jangkaan mereka dan terjual lebih 16 juta unit di Amerika Syarikat sahaja.

Populariti lagu terserlah apabila berkumandang sewaktu acara olahraga, perlawanan besbol profesional dan pertarungan gusti.

Hammett memberitahu dalam temu ramah 98.5 The Sports Hub's "Toucher & Rich" ketika berkongsi pengalaman mendapat inspirasi di sebalik penulisan lagu itu sekitar 1990.

"Ia sangat spesifik," katanya.

“Ketika itu jam sekitar 2 atau 3 pagi dan saya kebetulan baru habis mendengar album kedua Soundgraden bertajuk Louder Than Love.

“Ketika itu Soundgarden dianggap ‘underground’ dan tidak mempunyai sebarang label rakaman.

“Saya suka album itu, ia album hebat. Saya mendapat insprasi mendengar album terbabit terus mengambil gitar dan memetik riff," kata Hammett.

Hammett berkata, riff lagu mendapat perhatian salah seorang anggota kumpulan itu iaitu pemain dram, Lars Ulrich.

Ulrich kemudian berkata, “Ulang bahagian pertama itu empat kali,” - saya melakukannya dan terus bersetuju “There you go”," kata Hammett.

Ditanya sama ada dia memberitahu Soundgarden mereka menjadi inspirasi terhadap lagu melonjak Metallica, Hammett berkata: "Ia langsung tiada bunyi riff Soundgarden, tiada bunyi macam lagu Soundgarden. Sudah tentu mendapat inspirasi Soundgarden tetapi saya tampil mencipta sesuatu yang nyata lebih berbeza".

Dalam temu ramah bersama Rolling Stone pada 2012, Ulrich menggambarkan Enter Sandman serta pengaruhnya terhadap album Black.

"Riff itu dalam kaset riff Kirk," katanya. "Keseluruhan lagu hanya riff itu. Enter Sandman menjadi lagu utama. Keseluruhan set track lagu album keluar dua bulan kemudian."

Selepas album Black menemui peminat, kebanyakan memberi komen intro lagu serta riff muzikal Enter Sandman seakan akan lagu yang pernah keluar dua tahun lebih awal Tapping Into The Emotional Void oleh kumpulan kuartet Los Angeles, Excel.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.