Berita Terkini
recent

Ini Harga Kalau Nak Bergambar, Tandatangan Sherlock Homes

Tidak hanya meraih pendapat menerusi filem-filem yang dibintangi, aktor Benedict Cumberbatch rupanya punya cara lain untuk 'menebalkan' poketnya.



Misalnya, pelakon yang cukup dikenali menerusi watak sebagai Sherlock Holmes di siri televisyen BBC ini memperolehi pendapatan USD393,000 (kira-kira RM 1,648,045) untuk satu acara perjumpaan bersama peminat. Padahal untuk acara itu, dia hanya bergambar memberikan tandatangan kepada peminat.

Menurut laporan The Sun, setiap orang peminat dikenakan bayaran sebanyak (kira-kira RM515.80) untuk bergambar dengan pelakon berusia 41 tahun itu pada satu acara perjumpaan bersama peminat yang diadakan pada Julai lalu. Benedict bergambar dengan sebanyak 3,190 kali selama dua hari.

Ini bermakna dia berjaya meraih sekurang-kurangnya $ 41 juta (kira-kira RM171,933,500) termasuk jumlah pendapatan USD393,000 (kira-kira RM1,648,045) hanya untuk sesi bergambar.

Bagaimanapun, dianggarkan ratusan peminat juga mungkin telah membayar sebanyak USD139 (kira-kira RM582) seorang untuk mendapatkan tanda tangan atau USD41 (kira-kira RM172) untuk mendengarnya bercakap dengan penonton.

Seorang peminat fanatik yang hanya mahu dikenali sebagai Eva, 47, gembira kerana dapat membelanjakan USD370 (kira-kira RM1551) untuk pakej paling mahal.

"Selepas berambar, berbual dan mendapat autograf, saya letih tetapi gembira," katanya.

Sementara itu, satu pasangan ibu bapa menggelarkan Benedict sebagai "Benedict Moneysnatch".
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.