Berita Terkini
recent

Imej Seksi Adik Neelofa Dikecam

SEBELUM ini adik kepada selebriti Neelofa iaitu Nur Ameera Khan, pernah dikecam gara-gara dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu.

Namun, Ameera hanya mengambil langkah berdiam diri dan menutup ruangan komen di Instagramnya.

Terbaharu, wanita berusia 16 tahun ini sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik foto berpakaian seksi ketika bercuti di Itali dan membuka semula ruangan komen sejak Jun lalu. 

Tindakannya itu menyebabkan bahagian komen tersebut dipenuhi dengan kecaman dan kritikan. Kebanyakan netizen turut mengaitkan ibu dan bapa Ameera yang tidak melarang anak gadis mereka daripada berpakaian seksi.

"Hairanlah aku ini. Kenapa mak ayah dia tak larang dia pakai macam ni? Terbuka belakang? Dulu depan ini belakang? Pakaian yang tutup sikitkan elok," tulis salah seorang pengikutnya di Instagram.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan kritikan dilemparkan kepada Ameera.

Menurut pemilik akuan bernama John_micheal, lebih baik menjaga hal sendiri dan tidak perlu mengaitkan ibu dan bapa Ameera jika tidak mengenali mereka secara dekat. 

"Jaga awak punya hal, nabi tak ajar tegur orang yang kau tak kenal macam tu, nabi tak ajar cakap macam tu kat orang.

"Nabi tak ajar kau cakap macam tu kat mak bapa orang, kau macam rapat lak dengan @noorkartini," katanya.

Ameera kelihatan tidak kisah dengan segala komen yang ditinggalkan dengan memuat naik beberapa lagi foto terbarunya.

Dalam pada itu, Neelofa juga dikecam kerana memakai seluar jean yang koyak di bahagian lutut. Namun kakak kepada Neelofa, Noor Nabila tampil mempertahankan adiknya menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

"Pengumuman kepada cik kiah cik kiah kepoci: Lofa pakai inner tau, dia pakai legging warna kulit, lofa cakap sorry sebab lupa nak DM uols dulu sebelum pakai," kata Nabila.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.