Berita Terkini
recent

I'm Not A Terrorist - Filem Gabungan Pelakon Malaysia Dan Bollywood Perjelas Isu Keganasan

‘I’m Not A Terrorist” – Filem terbaharu bakal ditayangkan di pawagam  bagi menjelaskan bahawa agama Islam bukanlah agama yang berkaitan dengan keganasan, sebaliknya menekankan pentingnya keamanan.

Filem terbitan White Merpati Entertainment itu menjalani penggambaran selama 46 hari di Kuala Lumpur dan Kashmir membabitkan kos  RM5.2 juta  yang  bakal ditayangkan di pawagam utama di seluruh negara bermula  5 Okt ini.

Pengarah filemnya, Arjin Upal berkata  pelakon filem berkenaan ialah Afiq Muiz, Chacha Maembong, Khir Mohd Nor dan penampilan istimewa Datuk Jalaluddin Hassan serta bintang fiem Bollyword Gulshan Grover, Rahul Dev dan  Farida Jalal.

“Walaupun berlaku tohmahan mengatakan Islam itu ganas namun melalui filem ini kita nak ‘cleaning out’ (membersihkan) tentang agama Islam,”katanya kepada Bernama  di sini hari ini.

Pelakon utama filem terbabit, Afiq Muiz berkata filem itu adalah bagi menegakkan ajaran agama Islam yang sebenar dan bukannya agam yang menyokong keganasan.

Pelakon Bollywood, Gulshan Grover berkata, ini kali pertama dia menjayakan filem yang menggabungkan para pelakon dari Malaysia dan India dan memainkan watak ‘pengganas’.

“To play bad guy you really need to be good actor because your screen time is less, you have to create that magic, create that fear,  hopefully when all of you watching this film, you can realize that is an acting i am doing,”he said.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.