Berita Terkini
recent

IG Jasmine Suraya kena hack!

Laman gambar Instagram rasmi milik pelakon drama bersiri Hero Seorang Cindrella, Jasmine Suraya Chin digodam minggu ini dan hal tersebut amat merungsingkannya ketika ini.

Menurut pelakon itu, dia menyedari Instagramnnya di’hack’ oleh pihak tertentu pada Isnin lalu, ketika ingin melayari laman gambarnya.

“Saya menyedari Instagram saya digodam apabila username, password dan alamat e-mail Instagram saya telah diubah tanpa pengetahuan saya.


“Menyedari Instagram di’hack’, saya terus menghubungi CyberSecurity Malaysia dan Suruhanjaya Keselamatan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengadu kejadian terbabit.


“Namun, dua agensi ini meminta saya untuk membuat laporan polis dahulu supaya mereka boleh memulakan siasatan kes ini,” katanya.

Tidak mahu membuang masa, Jasmine Suraya yang juga pengacara liga bolasepak Malaysia, Liga Super terus membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Selasa lalu untuk melaporkan perkara itu.

Dengan laporan yang telah dibuat, dia berharap SKMM akan memulakan siasatan terhadap kesnya dan mencari kumpulan atau individu yang menggodam Instagramnya.

“Saya takut, pihak hackers ini menggodam Instagram saya untuk meraih keuntungan daripada followers saya, dari segi duit.


“Selain saya, Instagram milik seorang atlet Malaysia turut digodam, beberapa hari selepas Instagram saya digodam,” katanya.

Pada masa sama, Jasmine, 28, menasihatkan kepada pengguna laman itu supaya tidak menerima sebulat-bulatnya e-mail daripada mana-mana pihak yang menyatakan bahawa Instagram mereka digodam.

“Pastikan e-mail yang anda terima itu daripada pihak Instagram, dan bukannya daripada pihak lain,” tegasnya.
Powered by Blogger.