Berita Terkini
recent

Hentikan Berita Palsu Kematian Mahadzir Lokman

Kita semua sudah sedia maklum bahawa pengacara dan personaliti televisyen, Datuk Mahadzir Lokman sedang kritikal di sebuah pusat perubatan dan di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kelmarin.

Namun ada pula sesetengah pihak yang membuat andaian sendiri dan menularkan ke media sosial yang Mahadzir sudah meninggal dunia.

Rentetan daripada hal itu, ahli keluarga Mahadzir memohon kerjasama daripada semua pihak untuk menghentikan penularan tentang berita palsu kematian Mahadzir ini.

Adik kepada Mahadzir, Ida Lokman telah memberitahu kepada sebuah sumber dan mengesahkan yang abangnya masih lagi menerima rawatan di ICU.

Katanya lagi, semalam abangnya sudah berada dalam keadaan sedar cuma beliau lambat untuk memberi maklum balas terhadap rawatan yang diberikan oleh doktor.

“Mohon semua pihak henti sebarkan khabar angin kononnya beliau sudah meninggal dunia,” ujar adik kepada Mahadzir.

Ida juga turut berkata agar semua pihak tidak menyebarkan benda yang tidak benar dan berikan keluarganya ruang untuk bersama-sama dalam melalui saat yang penuh kesukaran ini.

“Lebih baik kita sama-sama mendoakan abang yang kami kasihi dan sayangi ini,” katanya lagi.

Kepada pihak yang telah menyebarkan berita tidak benar ini diminta agar menghentikannya dalam keadaan segera.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan Mahadzir kembali pulih seperti sediakala dan diharapkan seluruh keluarga Mahadzir terus kuat menghadapi waktu sukar ini.

Terdahulu, awal pagi kelmarin Mahadzir telah dikejarkan ke hospital setelah ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota keluarganya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.