Berita Terkini
recent

Genre sama tapi melodi lebih pantas

Lagu Menahan Rindu berjaya menjadi fenomena sekali gus melonjakkan nama penyanyi yang bermula daripada aplikasi Smule, Wany Hasrita dalam industri muzik tempatan.

Terbaru, dia hadir dengan lagu baru berjudul Rintihan Rindu yang masih mengekalkan genre sama, cuma melodinya lebih pantas.

Berbanding Menahan Rindu, ada kelainan dan banyak bahagian yang memaparkan kemampuan vokal penyanyi berusia 25 tahun ini menerusi single solo keduanya.

Rintihan Rindu juga kedengaran lebih keras dengan elemen rock apabila ada bahagian yang dialunkan dengan iringin gitar elektrik.

Dari segi lirik, ia masih lagi berkisar mengenai kisah cinta dan pengharapan yang sudah berpenghujung.

“Kalau Menahan Rindu, kisah cinta dan kerinduan itu bercerita mengenai harapan untuk meneruskan sesuatu hubungan. Tapi, Rintihan Rindu pula adalah peringkat seterusnya dalam hubungan,” katanya.

Wany juga meluahkan harapannya agar lagu ini diterima baik seperti sambutan yang diterima ketika hadir dengan Menahan Rindu.

“Tentunya saya berharap penerimaan untuk Rintihan Rindu sebagus lagu sebelum ini.

“Alhamdulillah, sejak dimuat naik ke YouTube pada 10 Ogos lalu, video lirik Rintihan Rindu mencecah jumlah tontonan sehingga lebih 1.5 juta,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu meletakkan sebarang jangkaan kerana masih baru dalam industri muzik.

“Pada mulanya, saya bimbang juga dengan penerimaan peminat. Sudah semestinya ramai akan mengharapkan karya kedua sebagus karya pertama. Jadi, saya tak meletakkan jangkaan apa-apa,” katanya.

Wany juga baru saja selesai menjalani penggambaran video muzik Rintihan Rindu dan akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.