Berita Terkini
recent

Gelaran jutawan bukan punca Mila terkeluar

PENYANYI dan ahli perniagaan Mila Jirin menolak dakwaan dia tersingkir dari pentas Akademi Fantasia (AF) Megastar, malam kelmarin berpunca daripada status dirinya yang sudah bergelar jutawan.

Mila, 29, atau nama sebenarnya Nursyarmilla Jirin yang juga bekas juara AF musim kelima berkata, dia menganggap kegagalan untuk terus mara pada konsert AF Megastar itu kerana tiada rezeki.

"Saya sedikit pun tidak terkilan serta kecewa. Saya sangat menghormati keputusan juri profesional. Bagi saya, mereka (juri) lebih arif membuat keputusan.

"Sebagai peserta, saya menerima positif keputusan yang sudah dibuat oleh juri kerana percaya mungkin persembahan pada Konsert Homecoming AF Megastar minggu pertama itu banyak kekurangannya,” katanya.

Dalam satu temubual baru-baru ini, Mila tidak menafikan dia kini berstatus jutawan selepas memiliki empayar perniagaan merangkumi pakej perkahwinan, produk kesihatan dan kecantikan, makanan dan pakaian yang popular di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Menyanyi dan berniaga adalah dua perkara berbeza. Saya percaya keputusan dibuat oleh juri sepenuhnya berlandaskan kemampuan bakat peserta AF yang bertanding,” katanya.

Menurut Mila, dia yakin dengan ketelusan pihak juri ketika membuat keputusan tanpa mengambil kira status dirinya yang sudah berjaya dalam perniagaan.

Mila yang juga ibu kepada seoarang anak ini pernah popular dengan lagu seperti Persis Mutiara, Jika Kau Ubah Fikiran, Aku Lebih Tahu, Kasih Yang Terdampar dan Bukan Isteri Sempurna.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.