Berita Terkini
recent

G-Dragon 'Serang' Seungri Di Lapangan Terbang

BARU-baru ini Seungri (BIGBANG), diserang peminat fanatik atau 'sasaeng' ketika dia tiba di sebuah lapangan terbang.

Peminat tersebut berlari ke arah kenderaan yang dinaiki Seungri sebelum dilihat menekupkan wajahnya ke cermin untuk melihat apa yang ada di dalamnya

Peminat itu juga dilihat berpaut pada kereta Seungri dan kelihatan seolah-olah sedang berbual dengan penyanyi itu.

Beberapa peminat yang turut berada di lokasi kejadian berasa bimbang kerana peminat fanatik itu dilihat seperti menceroboh privasi penyanyi berkenaan.

Setelah diteliti, lelaki yang disangka sebagai peminat fanatik itu merupakan ketua kumpulan BIGBANG sendiri iaitu G-Dragon.

GD yang turut berada di lapangan terbang sama dikatakan melakukan perbuatan itu kerana dia kenal kereta itu adalah milik Seungri.

Dia kelihatan sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Seungri yang sentiasa sibuk dengan jadual padatnya.

Rata-rata peminat berkata, kejadian itu membuktikan bahawa GD merupakan peminat terbesar Seungri yang juga anggota kumpulannya.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.