Berita Terkini
recent

Fuh! Fazura Jumpa Selena Gomez

PENYERTAAN pelakon Fazura ke Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat bukan sahaja membawa imej negara namum memberi tuah kepadanya.

Ia apabila Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin dapat berjumpa dengan pelbagai pereka fesyen seluruh dunia dan selebriti antarabangsa.

Paling menarik pertemuannya dengan bintang Hollywood iaitu Selena Gomez.

Gambar dan video pertemuan itu turut dikongsi oleh Fazura menerusi laman Instagram miliknya.


Dalam perkongsian video itu, kelihatan Fazura dan Selena berpelukan sambil kedua-duanya melagakan pipi.

Kelihatan mereka juga turut bertanya khabar.

Pertemuan itu berlaku di Coach House, Manhattan,  Amerika Syarikat.
Perkongsian gambar itu mendapat lebih 27,000 tanda suka dan kebanyakan peminat mengucapkan tahniah buat Fazura.

Malah rakan artis seperti Fasha Sandha turut meninggalkan komennya pada perkongsian gambar berkenaan.

Minggu fesyen New York diadakan di Basketball City yang bertujuan memberi peluang kepada pereka fesyen mempamirkan koleksi musim panas masing-masing.

Fazura pula mewakili Coach Malaysia bagi acara itu yang berlangsung dari 7 hingga 13 September 2017.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.