Berita Terkini
recent

Fazura Menakjubkan, Paling Manis Kata Fattah

Fazura merupakan seorang wanita yang menakjubkan dalam diri Fattah Amin.

Ungkapan itu diluah sendiri Fattah sempena ulang tahun kelahiran Fazura yang ke-34 pada Rabu.
“Selamat hari jadi kepada seorang yang paling positif dan menakjubkan yang saya kenal. Terima kasih kerana menjadi sabahat ketika saya melalui waktu sukar dan menyokong hebat dalam kerjaya saya,” ujar Fattah.

Dalam perkongsian ucapan berkanan Fattah turut berkongsi foto yang terdapat tanda cinta bersama tiga huruf di dalamnya iaitu YPM memberi makna ‘yang paling manis’.
Ucapan istimewa Fattah itu turut mendapat komen positif daripada pengikutnya yang sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka berdua.

Pada 14 September lalu sempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27, Fazura turut membuat ucapan dengan mendoakan kesejahteraan Fattah menerusi satu perkongsian foto ketika dia berada di Amerika Syarikat sempena Minggu Fesyen New York.

Fazura juga membuat kejutan dengan mengirimkan 50 kuntum bunga ros dan kad ucapan berbentuk hati.

Sempena hari ulang tahun kelahiran Fazura ini, agak-agaknya apakah kejutan yang bakal dibuat Fattah pula nanti?

Kita tunggu sahaja kejutannya nanti.

Kedua-dua pasanan ini dikaitkan bercinta selepas mereka digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella.


Powered by Blogger.