Berita Terkini
recent

Faye Kusyairi sah hamil tiga bulan

AKTRES Faye Kusyairi mengesahkan dirinya kini sedang hamil hampir tiga bulan.

Ujar Faye, perkara itu disedarinya selepas mengalami loya-loya dan hilang selera makan beberapa minggu lalu.

"Pada awalnya, saya hilang selera makan dan saya fikir inilah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan (ketawa).

"Tapi beberapa minggu selepas itu saya muntah-muntah dan apa yang saya makan keluar balik. Bila saya buat ujian kehamilan, barulah saya faham kenapa saya kurang sihat.


"Boleh dikatakan simptom itu masih ada dan saya juga cuba hadkan aktiviti saya kerana kandungan ini masih baru," katanya ketika ditemui pada Malam Gala Filem Tombiruo di MBO The Starling, Damansara sebentar tadi.

Tambah Faye, suaminya, Azmi Hatta sudah mengetahui perkara itu dan teruja menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

"Suami dah tahu dan dia juga teruja untuk menantikan anak ini yang dijangka lahir sekitar April depan.

"Malah dia juga sering mengingatkan saya untuk memperlahankan aktiviti dan tidak lasak seperti selalu.

"Dia juga ada belikan saya buah-buahan untuk mengurangkan rasa loya. Apa yang boleh saya katakan dia banyak memberi sokongan moral sejak mengetahui saya hamil," katanya yang belum lagi mengidam makanan tertentu seperti kebanyakan wanita lain.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.