Berita Terkini
recent

Fathia Gugur, Akhirnya Zahirah Ganti

PERTANYAAN siapakah aktres bakal menggantikan Fathia Latiff yang digugurkan dalam drama La Luna terjawab apabila pelakon Zahirah MacWilson dipilih untuk melakonkan watak Luna.

Mengesahkan tentang hal itu, penerbit TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud berkata, pemilihan aktres itu adalah atas persetujuan pihak produksi dan disokong oleh stesen RTM.

"Ya, watak Luna yang sebelum ini dilakonkan oleh Fathia Latiff digantikan oleh Zahirah MacWilson.
"Kami berharap agar penggambaran drama ini akan berjalan lancar seperti yang dijadualkan," jawabnya ringkas.

“Perangai Tak Berubah, Fathia Digugurkan” - Produser

Terdahulu, pelakon utama drama tersebut iaitu Fathia Latiff telah digugurkan kerana dikatakan berpunca daripada masalah disiplin.

Malah, penggambaran babak yang membabitkan Fathia perlu dirakamkan semula.
Drama La Luna diarahkan oleh Liza Ismail dan turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Afiq Muiz dan Alisya Sandha.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.