Berita Terkini
recent

“Fara Mendoza, Natasha Elyzza Takkan ku Ambil Lagi Berlakon” – Michael Ang

Nampaknya kontroversi yang melanda dua pelakon Coffe Prince dikecam hebat oleh netizen. Malangnya nama pengarah drama itu, Michael Ang turut terpalit.

Video itu tersebar bermula apabila satu rakaman penggambaran drama itu dirakamkan tanpa kebenaran oleh aktres Fara Mendoza dan dimuat naik ke  Insta Story di akaun Instagram miliknya.
Nampaknya pengarah itu bengang dengan Fara Mendoza yang memulakan kontroversi itu.

Mungkin terkesan dengan tindakan Fara, dia juga menegaskan tidak akan mengambil pelakon itu di bawah produksinya. Dia juga turut menyebut nama pelakon baru, Natasha Elyzza yang terlibat menyebarkan video Fathia Latiff yang menunjukkan aset tempoh hari.“Fara Mendoza tu dengan Natasha Elyzza memang takkan ku ambil lagi berlakon. Buat hal je. Buat malu company je.

“Kau tak kenal Fara Mendoza? Dia dah buat macam-macam untuk jadi terkenal di Malaysia ni, okay? Kan dulu dia terkenal sekejap dengan Fizz Fairuz?,” katanya.

Michael juga sempat berbual mengenai topik Bigo Live dengan peminatnya secara langsung. Menurutnya dia tidak tahu bahawa Bigo Live boleh menjana pendapatan melalui coins yang dihadiahkan oleh penonton.

“Sejujurnya I dah lama ada Bigo (Live) tu, tapi I tak tahu yang buat Bigo tu boleh dapat duit. I baru tahu. Rupanya banyak artis Malaysia buat Bigo untuk dapatkan duit. Banyak juga aku dengar ada orang dapat lebih RM 20,000 sebulan,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia juga sempat menjawab soalan pengikutnya sama ada ingin mengambil Fathia untuk berlakon.

“Fathia berlakon? Tak berani lagi, dik nak ambil. Tunggulah dia berubah betul-betul dulu, barulah I berani ambil,” jawab Michael.

Selain itu, Michael turut menjawab soalan sama ada Janna dan Fattah bercium atau pun tidak,
“Sah-sah mereka tak cium faham tak? Kau ingat aku bodoh, ko ingat aku nak kena halau dari Malaysia ni suruh pelakon beragama Islam untuk cium. Fikirlah korang sebelum nak maki-maki. Bodoh binti bangang!” ujarnya marah dengan kontroversi yang menimpa pelakonnya, Janna dan Fattah.

Michael merupakan seorang pengarah yang dekat dengan peminat. Dia juga dilihat sentiasa membuat siaran langsung untuk berinteraksi dengan pengikutnya untuk membincangkan topik-topik hangat yang sedang berlaku di Malaysia. Lebih-lebih lagi, Michael seorang yang suka berterus terang.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.