Berita Terkini
recent

Eyka Farhana Dituduh Buat Video Lucah

Baru-baru ini kecoh mengatakan nama pelakon Juvana telah terlibat dalam satu video klip lucah yang dikongsi melalui laman YouTube sejak Julai Lalu.

Namun, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menafikan dan  telah memuatnaik entri terbaru di laman instagram miliknya dengan menulis berang dengan kejadian penyebaran video klip tersebut.

“Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini. Saya masih waras dan belum lagi ‘GILA’ untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini.

“Lebih menyedihkan perkara ini ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak. Saya memberi amaran kepada mereka yang bersikap kurang ajar ini agar menarik kembali video mengaibkan ini dan tidak mengaitkan ia dengan diri saya.

“Jika tidak pihak pengurusan saya @mindorder tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Terima kasih. @mindorder @efshouters_” Tulisnya di Instagram miliknya.

Apa yang membuatnya bertambah berang apabila video lucah yang mirip wajahnya itu ditulis dengan namanya.

Tambah Eyka dia hanya menyedari video itu apabila ditanya beberapa rakan yang ingin mengetahui kesahihan perkara tersebut.

Eyka yang ditemu bual sebuah portal online untuk mengulas mengenai video lucah itu berkata wanita itu bukanlah dirinya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.