Berita Terkini
recent

Dikelilingi 'Pelajar', Nadiya Nisaa Rasa Diri Tua

Aktres Nadiya Nisaa mengakui penglibatannya dalam sitkom edutaiment, Oh My English! musim terbaharu serta dikelilingi barisan pelakon remaja secara tidak langsung membuatkan dia sedar bahwa dirinya semakin berusia.

Menurut Nadiya, dia seronok menjalani pengambaran sitkom tersebut kerana suasana di set berbeza dengan suasana jika dia menjayakan watak atau drama yang lebih serius dan berat.

"Watak saya sebagai cikgu Jojie, seorang guru pendidikan Jasmani. Watak saya tak banyak sangat tapi memerlukan tenaga yang banyak ketika berlakon. Sebab cikgu Jojie ni dia seorang yang lantang, 'over' dan memang sentiasa teruja dan bersemangat lebih-lebih setiap kali aktiviti bersukan di sekolah.

"Saya seronok sepanjang penggambaran kerana suasana di set yang sentiasa ceria. Tambahan saya dikelilingi para pelakon remaja dan apabila saya bergaul dengan mereka secara tidak langsung mencungkil sifat 'childish' dalam diri saya.

"Berada bersama mereka, saya rasa macam kakak-kakak lah dan baru saya sedar yang saya dah tua," katanya sambil tertawa kecil.

Pelakon berusia 32 tahun ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Oh My English!-Level Up bertempat di Melur & Thyme, Pavilon Elite, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Antara barisan pelakon sitkom Oh My English-Level Up. Kredit foto Instagram Nadiya Nisaa.Antara barisan pelakon sitkom Oh My English-Level Up. Kredit foto Instagram Nadiya Nisaa.

Sebanyak 26 episod, musim kali ini hanya berdurasi 15 minit namun lebih padat dengan dialog dan gelagat lucu para pelajar baharu kelas 3 Merah serta eberapa orang guru baharu.

Oh My English! yang bakal bersiaran mulai 1 Oktober (Ahad) ini, jam 6.30 petang di Astro TVIQ (saluran 160) dan Astro Maya HD (saluran 135) turut dibarisi pelakon seperti Adibah Noor, Carmen Soo, Sherry Al-Hadad, Taukeh (Raja Lawak), Fimie Don, Haris Alif dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Nadiya berkata, keinginan Nadiya selama ini yang mengidamkan karakter seorang ahli sukan membuatkan dia lebih teruja apabila berpeluang meghidupkan watak sebagai seorang guru yang aktif bersukan.

"Sebenarnya kalau ditanya watak apa yang saya idamkan selama bergelar pelakon, saya idamkan watak seorang atlet. Namun sehingga kini belum ada tawaran.

"Jadi apabila dapat tawaran berlakon dalam sitkom ini dan karakter saya sebagai guru sukan, saya teruja. Walaupun durasi program ini hanya 15 minit, tapi karakter saya menyeronokkan. Saya jarang ditawarkan watak seperti ini kerana kebanyakannya watak berat. Jadi sekurang-kurangnya boleh juga hilangkan tekanan," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Nadiya bakal sibuk dengan penggambaran drama bersiri tidak lama lagi. Selain itu dia akan terlibat dengan sebuah pementasan teater monolog pada bulan November depan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.