Berita Terkini
recent

Dikecam Perli Bella Astillah, Afifah Nasir Tutup Ruangan Komen

Semalam heboh di media sosial tentang isu hangat membabitkan pelakon, Afifah Nasir yang dikatakan menyindir isteri kepada pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menerusi salah satu perkongsiannya di Instagram.

Kecaman demi kecaman diterima oleh Afifah menerusi ruang komen perkongsian itu. Namun harini sempat Kakigosip meninjau Instagram milik Afifah dan didapati ruang komennya telah ditutup.

Walau bagaimanapun menerusi beberapa sumber, didapati netizen telah mengecam Afifah kerana hashtag ‘#GentingjerbukanLondon’ dan ‘#takpayahpakaitebal2sis’ yang digunakan itu seperti mahu ditujukan kepada Bella.

“Wore this beautiful dress by @_joiemie_ to genting! Hahaha! It wasn’t cold surprisingly or maybe this dress kept me warm 😂 thank you @_jasminechua_ !
#GentingjerbukanLondon#takpayahpakaitebal2sis,” tulis kapsyennya.

Di bawah adalah komen yang diterima oleh Afifah sebelum dia menutup ruang komen tersebut.


Dalam pada dirinya dikecam hebat, dia juga telah memberikan respon dengan menjawab kecaman tersebut.

Katanya, hashtag yang digunakan itu tidak bermaksud langsung untuk menyindir dan tidak ada kaitan dengan Bella.

Menerusi Insta Story milik Bella pula terlihat satu gambar dirinya bersama suami tercinta dikongsi menerusi aplikasi tersebut dan pada gambar tersebut Bella telah menulis,

“Pergi genting simple2 sis sebab bukan pergi GENTING FASHION WEEK,” tulisnya.

Namun mungkin apa yang ditulisnya itu tidak bermaksud membalas dan mungkin juga ia hanya kebetulan.

Terdahulu, Afifah juga pernah terlibat dalam satu kontroversi bersama Aliff Aziz yang tular di media sosial selepas heboh Aliff ditahan pihak berkuasa kerana berkasar dengan isterinya yang masih dalam proses berpantang. Pergelutan di antara Aliff dan Bella itu berlaku di sebuah pusat karaoke selepas Bella mendapati Afifah dan Aliff pergi ke tempat tersebut berdua sahaja tanpa ada orang lain di sana.
Kamera litar tertutup pusat karaoke tersebut juga merakamkan Afifah dan Aliff berpegangan tangan sebelum memasuki salah satu bilik di pusat karaoke berkenaan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.